15 January 2010

APA ITU PERNIAGAAN

0 comments
Apa itu perniagaan

Perniagaan adalah bermaksud seorang individu ataupun organisasi yang menawarkan produk dan juga perkhidmatan. Ia juga memberi maksud, transaksi antara produk atau perkhidmatan kepada duit dan wang.

Tujuan perniagaan dijalankan adalah untuk meraih keuntungan dan juga untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh manusia. Setiap masalah yang dihadapi oleh manusia membuka peluang terbaik kepada peniaga untuk menawarkan produk dan juga perkhidmatan.

Pertukaran barang dengan duit antara individu kepada individu yang lain, secara tidak langsung membawa kepada erti perniagaan.

Peniaga adalah merujuk kepada individu yang menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelangan.

Kenapa wujudnya perniagaan adalah disebabkan masalah yang dihadapi oleh manusia. Setiap hari manusia inginkan kehidupan mereka lebih senang dan mudah. Bagi memudahkan lagi kehidupan harian mereka, pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka,(ahli perniagaan). Semuanya dengan bertujuan meraih keuntungan peribadi dan memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Perniagaan berjalan apabila wujud permintaan terhadap sesuatu produk dan juga perkhidmatan.Permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan membawa keuntungan yang besar kepada perniagaan.

Jika ditanya kenapa wujudnya industry kenderaan?, hal ini bertujuan memudahkan lagi pergerakkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Begitulah kehidupan manusia dari hari ke hari, cuba mencari kehidupan yang lebih selesa.
Read full story

13 January 2010

Mengenai menubiz.blogspot.com

0 comments
Salam sejahtera..

Tahun 2010 membuka lembaran baru kepada saya untuk meneruskan minat saya terhadap “penulisan.” Dan sudah semestinya blog adalah tempat sesuai untuk saya mencurahkan segala idea yang saya ada, disamping meningkatkan mutu penulisan saya. Ia juga memberi satu kepuasan bagi saya, apabila saya dapat kongsikan ilmu yang saya ada, untuk mereka yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog saya ini.

Menubiz.blogspot.com adalah blog terbaru saya, dan saya mengambil “Teori Perniagaan” sebagai tajuk utama saya didalam penulisan blog ini. Saya bukan lah seorang ahli perniagaan mahupun sesorang yang pakar didalam bidang perniagaan, tetapi saya adalah seorang student yang masih lagi menuntut disebuah IPTA.

Baiklah..

Menubiz.blogspot.com adalah sebuah blog yang berbentuk “article bebas” mengenai Perniagaan, yang membincangkan “Teori” perniagaan semata-mata tetapi tidak secara praktikal. Hal ini kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman didalam dunia perniagaan sebenar.

Segala tulisan didalam blog ini adalah tulisan asli dari pada saya. Sebagai seorang student yang mengambil kos keusahawanan dan perniagaan (pelancongan), adalah menjadi kerugian kepada saya, jika saya tidak kongsikan ilmu yang saya miliki ini kepada rakan-rakan yang sudi melayari blog saya ini.

Boleh dikatakan setiap hari, saya sering didedahkan dengan “teori-teori” perniagaan oleh pensyarah saya. Banyak idea serta teori yang saya perolehi. Semuanya adalah teori. Setiap hari saya didedahkan dengan dunia perniagaan “angan-angan” yang belum mampu saya realisasikan.

Didalam penulisan saya ini, segala teori ini mungkin telah didedahkan atau di tulis atau dibincangkan atau seumpama dengannya, dan saya cuma memberi ulasan terbaik saya, disamping menambah perkara yang baru yang saya rasakan sesuai dengan tajuk blog saya.

Sumber rujukan yang saya perolehi mungkin daripada “pakar-pakar” ataupun usahawan atau ahli perniagaan yang telah Berjaya dan diolah semula oleh saya.

Mungkin setiap tajuk didalm blog ini, agak “biasa”, tetapi saya menambah apa yang kurang agar ia lebih menarik untuk saya bincangkan dengan anda.

“secara keseluruhannya blog ini mengulas idea yang telah ada, dan diberi nafas baru ataupun idea yang baru terhadap dunia perniagaan masa kini”

SALAM PERKENALAN....
Read full story